suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua individu mati ditikam... Mayat lelaki dibiar tertiarap atas jalan, mangsa wanita pula dalam kereta

Mangsa lelaki ditemukan dalam keadaan tertiarap di hadapan sebuah rumah.

DUA individu ditemukan maut dengan kesan tikaman pada badan dalam kejadian di Taman Nona, Guar Chempedak, Kedah pada Khamis malam.

Dalam insiden yang menggemparkan penduduk setempat itu, seorang lelaki berada dalam keadaan tertiarap di atas jalan di hadapan sebuah kediaman manakala mangsa wanita ditemukan tidak bernyawa di dalam kereta. 

Jarak lokasi kedua-dua mayat berusia 28 dan 30 tahun itu hanya sekitar tujuh meter.

Kedua-dua mangsa dipercayai diserang seorang lelaki bersenjatakan objek tajam.

Suspek dikatakan mula menikam wanita yang berada di tempat duduk penumpang hadapan kereta jenis Proton Wira sebelum menyerang mangsa lelaki.

Kejadian itu disedari penduduk sebelum melaporkannya kepada polis.

Susulan selepas insiden berdarah itu, pasukan forensik bersama Unit Anjing Pengesan (K9) bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan motif masih dalam siasatan. 

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Difahamkan kedua-dua mangsa bukan penduduk di kawasan perumahan Taman Nona.

Artikel Lain