suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penjawat awam dapat ‘duit raya’ RM500, pesara RM250

BERITA gembira buat penjawat awam apabila kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500, yang akan dibayar bermula minggu depan.

'Duit raya' tersebut diberikan kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA di Sepang, pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: STR Fasa 2 dibayar bermula Isnin, ringan beban rakyat menjelang Aidilfitri

Turut menerima imbuhan, kata Anwar, pesara kerajaan serta veteran dan veteran tidak berpencen akan menikmati BKK Aidilfitri berjumlah RM250.

Anwar berkata, beliau berharap pemberian BKK itu akan meringankan beban rakyat menjelang Aidilfitri ini.

 

Artikel Lain