suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki amuk hayun parang, 4 anggota polis cedera ditetak

Tangkap layar video tular menunjukkan anggota polis cuba menahan lelaki mengamuk di Sungai Petani.

EMPAT anggota polis cedera akibat ditetak dengan parang oleh seorang lelaki dalam kejadian amuk di Sungai Petani, Kedah pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, insiden berlaku ketika proses anggota polis mahu menangkap suspek lelaki berusia 32 tahun itu.

Beliau berkata, kesemua anggota polis terbabit berusia antara 30 hingga 50-an mengalami kecederaan di kepala, tangan, bahu serta pinggul.

"Dua anggota polis yang berusia 40-an dan 50-an masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), manakala dua lagi anggota yang berusia 20-an sudah dibenarkan keluar.

"Suspek pula dilaporkan meninggal dunia pada 1.04 pagi Sabtu dan laporan bedah siasat belum diperoleh setakat ini," katanya dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Wan Azharuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu kerana kes masih dalam siasatan.

Artikel Lain