suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sempat balik rumah, pengawal keselamatan maut dihempap pokok tumbang

Nahas yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal.

SEORANG penunggang motosikal maut selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Kampung Bandar Hilir, Sik, Kedah pada petang Ahad.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Rizal Aziz, 47, difahamkan berasal dari Kampung Tanjung Besar, Mukim Teloi, Sik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Zulkhairi Mat Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar pukul 6 petang.

"Pasukan terdiri daripada sembilan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian, anggota mengalihkan mangsa ke bahu jalan dan membantu membersihkan kawasan daripada serpihan kayu pokok yang tumbang," ujarnya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Ketika kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya di Jalan Kubur Bandar Hilir selepas tamat waktu bertugas di Sekolah Kebangsaan Jeniang.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain