suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan tak pernah wajibkan semua restoran mohon sijil halal - Zahid Hamidi

Kerajaan tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan sijil halal, kata Zahid.

RESTORAN serta syarikat makanan dan minuman (F&B) Muslim tidak diwajibkan untuk memohon sijil halal, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah, buat masa ini, tiada keperluan sedemikian yang dikenakan oleh kerajaan, kata Zahid yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia.

"Tidak ada satu keputusan pun yang mewajibkan semua restoran di seluruh atau mana-mana industri yang mengeluarkan makanan dan minuman (F&B) untuk memohon. Tidak ada keputusan Kabinet.

"Itulah sebabnya perdana menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memberitahu kedudukan sebenarnya pada Rabu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sijil halal roti Ikhwan tamat 2017, tak renew kerana kilang pindah lokasi

"Apa keadaan yang sebenarnya tentang cadangan kajian ke atas sijil halal, jangan paksa orang bukan Islam untuk mendapatkan sijil (halal)," ujarnya.

Zahid berkata demikian semasa ucapannya pada Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-78 pada hari Ahad.

Pada 3 September, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mohd Na’im Mokhtar menyebut beberapa undang-undang perlu dipinda untuk melaksanakan sijil halal secara mandatori dan pelbagai agensi perlu terlibat untuk memastikan pematuhan.

Pada masa ini, sijil halal adalah pilihan untuk pengendali perniagaan makanan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain