suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki 53 tahun cedera dalam kebakaran, premis musnah 70 peratus

Mangsa kebakaran dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

SEORANG lelaki berusia 53 tahun cedera dalam kebakaran sebuah kedai dua tingkat di Taman Rambai Indah dekat Jenjarom, Selangor.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kejadian berlaku kira-kira 5.15 pagi Sabtu (14 Sept).

“Dua belas anggota bomba dari balai Banting dan Teluk Panglima Garang telah dihantar ke tempat kejadian.

"Kedai itu musnah 70 peratus tetapi kami berjaya menyelamatkan mangsa yang cedera," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mangsa dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan, tambahnya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain