suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat bayi disimen: Polis jejak penyewa terakhir warga Indonesia, mungkin libatkan Interpol

Azizi mengulas tentang penemuan mayat bayi disimen di Taman Sri Rokam.

USAHA menjejaki dan menangkap suspek warga Indonesia yang dipercayai terlibat kes penemuan mayat bayi yang disimen di parkir sebuah rumah di Taman Sri Rokam, Ipoh, Perak pada 28 Ogos lalu mungkin menggunakan saluran diplomatik melalui Polis Antarabangsa (Interpol).

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya masih belum dapat memastikan keberadaan wanita itu sama ada masih di Malaysia atau sudah pulang ke negara asalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang rumah terkejut jumpa mayat bayi disimen di Taman Sri Rokam, pemilik dedah kisah penyewa hamil lari

"(Suspek) belum lagi dikenal pasti. Kita tengah jejaki warganegara Indonesia yang dipercayai mendiami rumah berkenaan dan siasatan masih lagi diteruskan.

"Kita belum buat pengesahan sama ada dia sudah balik atau masih berada di Malaysia. Bagaimanapun polis akan bekerjasama dengan agensi lain seperti Imigresen (Jabatan Imigresen Malaysia) selain menggunakan semua (kekuatan) riskan kita.

"Mungkin kalau kalau kita kenal pasti subjek itu sudah balik (ke negara asal), maka kita akan menggunakan saluran diplomatik melalui Interpol," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak bulan September 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Untuk rekod, mayat bayi yang berusia tujuh bulan semasa dilahirkan ditemui ditanam di bawah lantai simen di parkir sebuah rumah.

Penemuan disedari seorang lelaki warga tempatan yang sedang membuat kerja baik pulih di rumah tersebut.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad menyatakan penghuni terakhir rumah itu adalah seorang wanita warga Indonesia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain