suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja OKU dirogol kenalan aplikasi laman sosial, terbongkar selepas CCTV ‘tak berfungsi’

Seorang remaja perempuan OKU dirogol kenalan lelaki di kediamannya. -Gambar hiasan

SEORANG remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) dirogol oleh seorang lelaki yang dikenali menerusi aplikasi laman sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, mangsa berusia 16 tahun itu dirogol di kediamannya di Taman Saga, Kuala Lumpur selepas berjumpa dengan suspek pada 17 Ogos lalu.

Susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa, suspek yang merupakan lelaki berusia 24 tahun ditahan di rumahnya di Subang.

"Kejadian disedari apabila kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya tidak berfungsi.

"Didapati ia tidak berfungsi kerana wayar dicabut bagi membolehkan mangsa masuk ke dalam rumah," katanya.

Nazruel berkata, mangsa yang juga OKU kategori ketidakupayaan intelektual memaklumkan suspek datang ke rumah dan merogolnya tanpa rela.

Siasatan mendapati kedua-dua mangsa dan suspek telah bertemu menerusi satu aplikasi laman sosial.

Menurut Nazruel, suspek direman selama lima hari bermula 22 Ogos lalu sehingga Isnin dan akan disambung reman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain