suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar bomba jumpa tangan putus, tiada mangsa di lokasi kereta terbakar

Lokasi kejadian yang menyaksikan sebuah kereta terbakar.

PASUKAN bomba menemukan pergelangan tangan manusia di lokasi kemalangan berhampiran Hospital Bahagia di Ulu Kinta, dekat Ipoh.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.16 pagi Ahad, berhubung kebakaran sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan.

"Kami menemui pergelangan tangan manusia yang putus di lokasi kejadian.

"Bagaimanapun, tiada mangsa ditemui ketika pasukan bomba tiba di situ," katanya.

Menurut jurucakap itu, salah satu daripada tiga kereta terbakar 95 peratus.

Tambahnya lagi, pasukan bomba telah memadamkan kebakaran dan kes tersebut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain