suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abang janggut ‘hayun’ topi keledar merah rosakkan kereta akhirnya dicekup, direman 4 hari

Tangkap layar video kejadian itu yang tular di media sosial.

SEORANG penunggang motosikal ditahan kerana merosakkan sebuah kereta menggunakan topi keledar selepas terlibat kemalangan kecil di Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, suspek berusia 30-an itu ditahan di rumahnya di Sungai Pinang kira-kira pukul 7 malam, Ahad.

"Tangkapan itu dibuat selepas seorang pengadu membuat laporan polis pada 8 Jun lalu berikutan kemalangan jalan raya kecil,” katanya dalam satu kenyataan.

Razlam berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 2.50 petang ketika pengadu memandu kereta di Jalan Sungai Pinang, George Town.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita maut dibunuh suami... Ditemui terbaring atas katil dengan 12 kesan kelar, tinggal anak usia 6 bulan

Perselisihan faham berlaku antara pengadu dan suspek.

Video menunjukkan suspek yang berjanggut memukul kereta menggunakan topi keledar merah dan mengekori kenderaan dipandu pengadu itu turut tular di media sosial.

Dalam rakaman tular, anak perempuan pengadu turut menangis dan meraung ketakutan apabila kereta yang dinaiki dengan bapanya diserang suspek.

"Suspek kini direman empat hari sehingga 12 Jun ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain