suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laporan interim nahas 2 helikopter TLDM siap dalam masa 2 minggu

Laporan interim nahas helikopter TUDM akan siap dalam tempoh dua minggu.

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan laporan interim nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan selesai dalam tempoh dua minggu.

Menurut Fahmi, laporan penuh pula akan disiapkan dalam masa sebulan.

Fahmi dimaklumkan tentang perkara itu oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu.

"Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini berbincang dengan mendalam mengenai insiden nahas helikopter TLDM pada Selasa dan Menteri Pertahanan memberi komitmen untuk memberi laporan interim dalam tempoh dua minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Negara berduka... Ini wajah 10 anggota TLDM maut nahas helikopter di Lumut

"Laporan penuh ini akan siap dalam tempoh sebulan," ujarnya dalam sidang media, Rabu.

Untuk rekod, dua helikopter iaitu jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) bertembung di Pangkalan TLDM Lumut pada pagi Selasa.

10 mangsa yang terkorban terdiri daripada tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan tiga kru Fennec.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain