suria

Bekas KPN, Tun Hanif Omar meninggal dunia

Tun Hanif Omar meninggal dunia pada pagi Sabtu.

BEKAS Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia awal pagi tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Abdul Rahmat Omar Mohammed Hanif dalam satu hantaran di Facebook.

Difahamkan jenazah kini berada di kediaman di No.21, Jalan Memanah 13/55A, Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam sehingga pukul 10 pagi untuk urusan ziarah.

"Jenazah dibawa ke Masjid Al-Ikhlas, Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, Shah Alam untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan," katanya.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara.

Allahyarham yang berusia 85 tahun merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan yang paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun. -THESTAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain