suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah curi kabel komunikasi TM, lelaki 30 tahun direman empat hari

Mencuri kabel komunikasi adalah satu jenayah. -Gambar hiasan

KES kecurian kabel komunikasi Telekom Malaysia (TM) yang dilaporkan di daerah Bera, Pahang berjaya diselesaikan dengan tertangkapnya seorang lelaki berusia 30 tahun, pada Ahad.

Suspek ditahan kira-kira pukul 4.50 pagi di kawasan utama Kampung Sri Hamzah, Kemayan kerana disyaki mencuri kabel.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, semasa tangkapan, pihaknya turut merampas satu unit tangga aluminium, sebuah pemotong kabel dan sebatang sepana yang dipercayai digunakan untuk mencuri kabel.

Ujar beliau, hasil semakan identiti mendapati suspek turut mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Susulan itu katanya, suspek dibawa ke Mahkamah Temerloh untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan reman dibenarkan selama empat hari untuk siasatan lanjut

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain