suria

Luar biasa! Jualan naik 445 peratus, 70 peniaga berentap pertandingan penstriman langsung... TikTok Shop, MDEC perkasa usahawan

Tulippetals melakukan sesi penstriman langsung.

PERTANDINGAN penstriman langsung anjuran TikTok Shop bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang berlangsung selama dua bulan telah melabuhkan tirainya.

Penganjurannya bertujuan untuk meningkatkan kemahiran usahawan tempatan dan melengkapkan mereka dengan kemahiran bagi mengembangkan perniagaan dalam ruang digital.

Bermula pada 1 Disember tahun lalu, pertandingan itu melibatkan 70 usahawan tempatan daripada pelbagai latar belakang di seluruh negara.

TikTok Shop menyokong usahawan dengan latihan luar talian serta dalam talian, ‘boot camp’ penstriman langsung, peningkatan jumlah penonton penstriman langsung, dan banyak lagi.

Healez menduduki tempat pertama.

Healez menduduki tempat pertama.

Bukan sekadar itu, malah pencipta kandungan TikTok Shop seperti Tulippetals, tasha_407, Syaa_faten, almiyaz.my, dan nl.alchemist turut menghulurkan sokongan kepada usahawan yang terlibat, termasuk menyertai mereka dalam penstriman langsung sewaktu pertandingan.

MDEC yang menerajui pembangunan ekonomi digital di Malaysia menyumbangkan sebanyak RM50,000 sebagai sokongan kredit iklan bagi membolehkan para peserta mencuba pelbagai peralatan di TikTok Shop.

Hasilnya, mereka berupaya mencapai kenaikan yang ketara dalam kadar keterlihatan dan tontonan, dengan para finalis mencapai sehingga 445 peratus kenaikan dalam jualan.

Daripada 70 usahawan, lima peserta yang mendapat kedudukan teratas dalam pertandingan itu ialah Healez HQ (Kuala Lumpur) yang menduduki tempat pertama, diikuti oleh Fatimah Traditional Recipe (Selangor), cikpuanazilacpa (Selangor), Hajjah Tokey Hasil Laut (Kedah) dan Beadsland Trading (Negeri Sembilan).

Semua pemenang akan menjalani program latihan intensif selama sebulan yang dibiayai secara eksklusif oleh salah satu TikTok Shop Partner (TSP) terkemuka StoreNGo, yang akan menawarkan latihan kepada setiap usahawan bagi memacu pertumbuhan perniagaan mereka.

Fatimah Traditional Recipe menduduki kedua.

Fatimah Traditional Recipe menduduki kedua.

Ketua Perkongsian TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz berkata, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan tunjang ekonomi Malaysia.

Justeru katanya, TikTok Shop membolehkan PKS mencipta pengalaman e-dagang yang holistik dan lancar bagi pembeli, yang merangkumi hiburan, pendidikan dan penglibatan interaktif.

“Menerusi pertandingan ini, kami berhasrat untuk meningkatkan keterlihatan produk yang dibuat dan dijual secara tempatan, serta meningkatkan keupayaan penstriman langsung dalam kalangan usahawan.

“Dengan kerjasama bermakna bersama MDEC dan komuniti TikTok Shop, kami berharap untuk membuka peluang baharu kepada usahawan Malaysia, selangkah demi selangkah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts Mahadhir Aziz pula berkata, MDEC amat berbesar hati bekerjasama dengan TikTok Shop bagi mempercepatkan pertumbuhan usahawan tempatan dalam bidang digital.

Ini kerana katanya, ia sejajar secara konsisten dengan Program-Program Katalis Digital Malaysia (PeMangkinMD) dalam mendorong ekonomi digital negara.

“Dengan menyediakan latihan yang berserta pengalaman langsung daripada pencipta kandungan, kita berhasrat untuk meningkatkan pertumbuhan penjual-penjual ini dalam ekonomi digital yang berkembang pesat,” ujarnya.

Kesinambungan kejayaan bagi PKS Selepas tamat latihan selama sebulan itu, TikTok Shop akan terus memberikan sokongan dan bimbingan yang diperlukan kepada usahawan yang terlibat, termasuk pelbagai peralatan yang membantu untuk perkembangan perniagaan mereka.

Memandangkan keperluan setiap perniagaan berubah pada setiap fasa, TikTok Shop komited bersama usahawan sepanjang perjalanan mereka, sekali gus membolehkan mereka mencapai matlamat perniagaan mengikut rentak masing-masing.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif #JomLokal yang baru dilancarkan, TikTok Shop telah merencanakan pelbagai bengkel dan sesi latihan untuk lebih ramai penjual di seluruh negara, bagi membawa impak lebih besar kepada komuniti usahawan.

Terdahulu, TikTok Shop mengadakan kerjasama dengan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) untuk menyalurkan hasil daripada 11.11 Mega LIVE Showdown kepada 30 usahawan mikro di bawah YWP. Kerjasama itu bertujuan bagi menyokong permulaan perjalanan e-dagang mereka, terutamanya di TikTok Shop.

Selain itu, TikTok Shop juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membudayakan literasi digital dalam kalangan usahawan luar bandar melalui Pusat Internet Luar Bandar (PEDI).

Inisiatif itu bertujuan memberi impak positif kepada lebih 1,000 penjual di 12 negeri di Malaysia melalui bengkel, latihan dan sokongan berkaitan penstriman langsung.

TikTok Shop diiktiraf sebagai Rakan Kerjasama eUsahawan oleh MDEC.

TikTok Shop diiktiraf sebagai Rakan Kerjasama eUsahawan oleh MDEC.

Sebagai pengiktirafan terhadap impak positif daripada pertandingan siaran langsung (live stream) kepada komuniti, TikTok Shop diiktiraf sebagai Rakan Kerjasama eUsahawan oleh MDEC di Karnival eUsahawan dan Gig 2024, baru-baru ini.

Dirasmikan oleh Menteri Digital, Gobind Singh Deo, karnival tersebut merupakan satu perhimpunan para pekerja bebas dan komuniti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk belajar daripada kejayaan pencipta kandungan.

TikTok Shop merupakan satu-satunya platform e-dagang yang menerima penghormatan itu.

Kerjasama berterusan TikTok Shop dengan MDEC menghasilkan pemberdayaan kepada seramai 2,000 pelajar di 10 universiti dengan pembangunan sukatan pelajaran TikTok Shop, serta memudahkan pembangunan penjual di kawasan pedalaman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain