suria

Binaan runtuh nyaris hempap tuan rumah, kantoi tembok disumbat sampah! Pemuda ‘backup’ pemaju, ada orang lain buat onar

Rumah yang baru dibina seharusnya bebas daripada kerosakan. -Gambar hiasan (kanan)

KETIKA inflasi ekonomi menyebabkan kos sara hidup semakin meningkat, memiliki hartanah tidak lagi menjadi keutamaan.

Tetapi, bagi mereka yang berkemampuan dan berusaha keras menyimpang wang, impian itu masih mampu direalisasikan.

Namun, pembeli pasti kecewa apabila rumah yang baru dibeli dibina secara 'cincai' oleh pemaju sehingga menjejaskan kualiti struktur bangunan.

Kawasan perumahan baharu sepatutnya mempunyai struktur binaan berkualiti. -Gambar hiasan

Begitulah kisah yang tular di laman X, apabila seorang lelaki mendedahkan nasib malang pemilik rumah di kawasan perumahan di Johor dan didakwa teraniaya.

Menerusi ciapan itu, dikepilkan satu foto menunjukkan tembok pagar hadapan rumah terbabit runtuh, menampakkan bahagian dalamnya yang diisi sampah sarap, bukan konkrit seperti yang sepatutnya.

"Kepada pemaju seluruh Malaysia, kalau nak untung lebih janganlah buat seperti ini. Aniaya pembeli. Mengancam keselamatan, tuan rumah nyaris dihempap pagar tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak nak lari rumah! Gadis tertekan jadi bibik adik-adik, dilayan seperti hamba... Umi sanjung anak lelaki macam raja!

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah terbakar, hanya bingkai kalimah suci sempurna tak terusik! Nenek sedang puasa selamat walau dihempap bumbung

"Kalau tengok dalam tiang pagar tu dia isi sampah sarap je," tulisnya.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan ciapan balas, seorang warga maya menafikan dakwaan bahawa 'insiden' itu berpunca daripada pemaju.

"Saya berpengalaman dalam bidang pembinaan, ini angkara pekerja yang bergaduh. Mungkin sesama warga asing. Mereka cuba aniaya kerja setiap seorang supaya nampak buruk dan hilang mata pencarian.

Kalau tak pandai periksa, boleh juga upah orang yang berkepakaran untuk tolong check.

WARGA MAYA

"Aku pernah tangkap pekerja warga Indonesia buang sampah ke dalam manhole (akses untuk memasuki ruang tertutup). Kalau apa-apa jadi nanti, tukang buat yang akan kena.

"Pemaju sendiri tak akan aniaya pembeli macam ni, melainkan kalau mereka guna bahan binaan yang murah-murah untuk jimat kos," ujarnya.

Dalam pada itu, ada juga netizen memberikan tip kepada orang ramai yang hendak membeli rumah baharu.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Bila dapat je kunci untuk rumah baharu, terus periksa kalau ada apa-apa kerosakan dekat setiap penjuru kediaman. Petanda seperti keretakan atau bunyi dinding yang apabila diketuk macam lohong perlu diberikan perhatian.

"Kalau tak pandai periksa, boleh juga upah orang yang berkepakaran untuk tolong check. Sekiranya jumpa apa-apa yang kurang memuaskan, terus claim dekat pemaju sesegera mungkin.

"Jangan buat apa-apa renovasi dekat rumah sementara tu, nanti warranty rumah akan terbatal. Berjaga-jaga itu perlu, kita dah penat pakai duit untuk beli rumah, lepas tu dapat yang 'hauk' je macam reban ayam," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain