suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak boleh! Kapal Israel dilarang berlabuh di Pelabuhan Klang

Anthony Loke mengulas kenyataan berhubung kapal berkaitan Israel dilarang berlabuh di pelabuhan di Malaysia. -Gambar Bernama

KAPAL dari syarikat perkapalan kargo Israel ZIM tidak akan dibenarkan berlabuh di pelabuhan Malaysia, kata Anthony Loke.

Kapal itu pada mulanya dijadualkan tiba di Pelabuhan Klang pada 26 Disember, iaitu Selasa depan.

Kenyataan Menteri Pengangkutan itu susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengenai larangan berlabuh terhadap kapal yang dikaitkan dengan Israel.

"Ini bermakna kapal Zim yang dijadualkan berlabuh di Pelabuhan Klang pada 26 Disember 2023 tidak akan dibenarkan berlabuh.

"Lembaga Pelabuhan Klang sudah diarahkan untuk membantu syarikat logistik, pengimport, pengeksport dan perkapalan dalam menguruskan kargo masing-masing yang terjejas," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, menggunakan bendera negara itu atau kapal dalam perjalanan menuju ke sana, dilarang berlabuh atau memuatkan kargo di mana-mana pelabuhan Malaysia, berkuat kuasa serta-merta.

Anwar dalam satu kenyataan berkata, sekatan itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian serta kekejaman berterusan ke atas rakyat Palestin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain