suria

Remaja 14 tahun hilang, kali terakhir dilihat di kawasan sekolah

Muhammad Daniel Akmal dilaporkan hilang sejak Khamis.

ORANG ramai diminta untuk membantu mengesan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak Khamis.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, remaja berkenaan dikenali sebagai Muhammad Daniel Akmal Zulkhair yang kali terakhir dilihat di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah di Cheras, Kuala Lumpur, pada Khamis.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu pada pukul 1.21 tengah hari Khamis.

"Mangsa kali terakhir dilihat di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras pada 7 Disember 2023 (Khamis), kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan mangsa mohon tampil ke balai polis berhampiran ataupun menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain