suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ratapan seorang ibu... Ismanira terkejut dapat tahu Zayn Rayyan dibunuh

Ismanira Abdul Manaf gagal menahan air mata.

SUASANA di Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh bertukar hiba selepas keputusan bedah siasat mendapati Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, mati akibat dibunuh.

Paling terkesan tentunya ibu dan bapa kanak-kanak autistik itu.

Ibu Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf, 28, dilihat gagal menahan sebak selepas punca kematian anaknya itu dimaklumkan pihak berwajib.

Dia yang pada mulanya duduk di kerusi di ruang menunggu dilihat cuba menghadam tentang apa yang berlaku namun akhirnya gagal menahan air mata.

Keadaan itu menyebabkan orang-orang terdekat dengan Ismanira berusaha menenangkannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Zayn Rayyan dibunuh, ada kesan cedera di leher dan badan

ARTIKEL BERKAITAN: Emosi ibu Zayn Rayyan tak stabil, sukar terima anak sudah tiada - “Saya tak boleh tidur malam tadi”

Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan Zayn Rayyan mati akibat dibunuh kerana terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Katanya kecederaan dikesan pada leher dan badan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain