suria

Dr Ahmad Samsuri menang PRK Kemaman, peroleh majoriti 37,220 undi

Dr Ahmad Samsuri memenangi PRK Kemaman. Gambar TheStar

PAS berjaya mengekalkan status quo apabila memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman dengan menyaksikan peningkatan majoriti lebih 10,000 undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memperoleh 64,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang memperoleh 27,778 undi.

Menteri Besar Terengganu itu memperoleh majoriti sebanyak 37,220 undi, di mana beliau mengatasi majoriti penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid yang memperoleh majoriti 27,179 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PRK Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid pada PRU15. - THESTAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain