suria

Mahkamah hanya benarkan Muhyiddin dapat kembali pasport secara sementara

Muhyiddin gagal mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal. -Gambar fail Bernama

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan kembali pasport antarabangsa miliknya secara kekal.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi berkata, keputusan menolak permohonan Muhyiddin selepas mendapati adalah pramatang pada peringkat ini untuk membenarkan permohonan bekas perdana menteri itu mengubah syarat jaminan bon dan melepaskan pasport tanpa syarat.

Menurut Azura, Muhyiddin masih berdepan tiga tuduhan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun katanya, Presiden Bersatu itu masih boleh memohon untuk mendapatkan kembali pasportnya secara sementara.

Mahkamah kemudian membenarkan Muhyiddin menerusi peguamnya, Datuk K Kumaraendran bagi mendapatkan pasportnya untuk sementara bermula Rabu (29 November) dan dikembalikan semula ke mahkamah pada 15 Januari tahun depan.

Pada 16 Oktober lalu, Muhyiddin membuat permohonan untuk mendapatkan kembali pasportnya dari Mahkamah Sesyen kerana mahu bercuti bersama keluarganya ke London, United Kingdom (UK), pada akhir tahun.

Selain itu, Muhyiddin menyatakan hasrat untuk ke Singapura bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain