suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Runtuhan bangunan: 3 maut, 4 dipercayai masih terperangkap

Mangsa yang cedera dibawa untuk menerima rawatan.

PASUKAN penyelamat masih mencari empat pekerja yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan, dalam kejadian di Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada Selasa malam.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata setakat ini pasukan penyelamat menjumpai lima daripada mereka.

"Kejadian berlaku apabila sebatang rusuk sepanjang kira-kira 12 meter dan seberat 14 tan runtuh, dan terkena 14 rusuk yang lain di tapak pembinaan.

"Terdapat 18 pekerja yang ditugaskan di tapak tersebut, tetapi sembilan daripada mereka keluar untuk solat ketika itu.

"Setakat ini kita mengenal pasti tiga mangsa yang maut, yang mana dua meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital," katanya.

Beliau berkata, dua lagi mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan.

"Kita percaya terdapat empat lagi mangsa yang masih terperangkap di bawah struktur yang runtuh itu," katanya sambil menambah semua pekerja merupakan warga Bangladesh. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain