suria

Mayat kanak-kanak 2 tahun terjatuh longkang akhirnya ditemui

Mayat Muhammad Danish ditemui pada pukul 9.30 pagi Ahad. -Gambar media sosial

MAYAT Muhammad Danish Mohd Faizal, kanak-kanak berusia dua tahun yang disyaki terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat di Taman Goodwood, Bukit Palah, Melaka ditemui pada pukul 9.30 pagi Ahad.

Mayat Muhammad Danish ditemui oleh orang awam di dalam longkang besar di Taman Desa Baru berhampiran Hospital Melaka.

Jasad mangsa telah dibawa naik oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu pada Sabtu, media melaporkan kanak-kanak tersebut dikhuatiri hilang selepas terjatuh ke dalam longkang besar sewaktu hujan lebat.

Ketika kejadian, ibu mangsa sedang berniaga nasi kerabu di lokasi berhampiran.

Kehilangan mangsa disedari ibunya selepas mangsa tidak kelihatan bermain bersama salah seorang adik beradiknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain