suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

41 akaun bank dibeku SPRM, Aman Palestin disyaki seleweng wang derma orang awam berjumlah RM70 juta

Masyarakat Malaysia menderma untuk rakyat Palestin bagi membantu negara bergolak itu. -Gambar hiasan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dan beberapa entiti syarikat lain dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762 pada Rabu.

Ia berikutan terdapat dakwaan pihak terbabit menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai yang dijalankan sejak 17 Oktober lalu.

Sebelum ini, SPRM turut membuat penggeledahan di premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen-dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

"Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan-kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

"Pada masa sama berkaitan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574)," katanya dalam satu kenyataan.

SPRM juga telah merakam beberapa keterangan saksi-saksi penting dan hasil siasatan awal telah mengenalpasti beberapa isu melibatkan penelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain