suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak enam tahun ditemukan mati dalam mesin basuh

Insiden meragut nyawa boleh berlaku di mana-mana termasuklah dalam rumah. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan mati oleh neneknya di dalam mesin basuh di rumahnya di Ipoh, Perak pada pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan mengenai kematian kanak-kanak lelaki itu diterima pukul 11.44 pagi dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas dibawa dari rumahnya di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi, Perak.

Menurut Yahaya, siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit ada bersama dengan ahli keluarganya yang lain di dalam rumah sebelum dia kemudian ditemukan berada dalam mesin basuh oleh neneknya, kira-kira pukul 9.30 pagi.

"Mangsa dijumpai oleh neneknya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam mesin basuh pakaian.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital oleh ambulans namun disahkan meninggal dunia jam 11.02 pagi ini (Isnin)," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, hasil bedah siasat di Jabatan Forensik HRPB mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan kecederaan di kepala akibat objek tumpul.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain