suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bas ekspres langgar pokok, tiga maut termasuk anggota bomba

Keadaan bas ekspres selepas kemalangan berlaku. -Gambar ihsan bomba

SEORANG anggota bomba antara tiga yang maut selepas bas ekspres terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 81, Jalan Lipis-Merapoh di Kampung Kubang Rusa, dekat Lipis, Pahang.

Dalam kejadian 1.50 pagi itu, mangsa maut, Mohd Syukri Mat Noor, 55 adalah anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai di Kelantan.

Dua lagi mangsa maut, pemandu bas, Ab Aziz Daud, 63, dari Kampung Lalang Luas, Machang, Kelantan dan buruh binaan, Hossain Kamal, 41, yang juga seorang warga Bangladesh.

Pemandu kedua bas, Che Bukhari Che Mat, 39, dari Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, pula patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, ketika kejadian, bas ekspres dua tingkat itu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian iaitu ketika melalui selekoh, bas itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan.

"Akibatnya, ketiga-tiga mangsa maut di lokasi kejadian," katanya.

Beliau berkata, Che Bukhari dan enam lagi penumpang pula cedera.

Katanya, mangsa maut dan cedera dihantar ke Hospital Kuala Lipis dan Hospital Gua Musang.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain