suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pilihan Raya Kecil: Pakatan kekal di Pulai, Simpang Jeram

Pakatan Harapan kekalkan kerusi Pulai, Simpang Jeram.

PAKATAN Harapan mengekalkan kemenangan di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor.

Bekas Speaker DUN Johor Suhaizan Kayat memenangi pilihan raya kecil parlimen Pulai dengan majoriti 18,641 undi.

Calon Pakatan Harapan memperoleh 48,283 undi manakala lawannya; Perikatan Nasional Zulkifli Jaafar peroleh 29,642 undi; dan bebas Samsudin Mohamad Fauzi mendapat 528 undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pulai Miswan Yunus mengisytiharkan Suhaizan sebagai pemenang dalam pilihan raya kecil itu kira-kira pukul 10.10 malam di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim.

Ini adalah kali pertama Suhaizan memenangi pilihan raya dalam percubaan ketujuhnya.

Sebelum ini, beliau bertanding di dua kerusi parlimen Simpang Renggam (2013), Parit Sulong (2004), kerusi DUN Kempas (2008, 2013), Kukup (2018), dan Pulai Sebatang (2002).

Terdahulu, Pakatan Harapan Nazri Abdul Rahman disahkan menang kerusi DUN Simpang Jeram.

Dia menang dengan majoriti 3,514 undi selepas memperoleh 13,484 undi.

Dr Mohd Mazri Yahya dari Perikatan Nasional memperoleh 10,330 undi manakala bebas S. Jeganathan memenangi 311 undi. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain