suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi anggur! Budak 2 tahun maut selepas 10 hari dirawat di Hospital Melaka

Kanak-kanak maut selepas 10 hari dirawat akibat tercekik anggur. -Gambar hiasan The Star

SEORANG kanak-kanak meninggal dunia selepas sepuluh hari dirawat di Hospital Melaka, akibat tercekik anggur.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata kanak-kanak perempuan berusia dua tahun itu meninggal dunia pada pukul 9.25 pagi, Sabtu.

Katanya, kanak-kanak itu mula dikejarkan ke Hospital Melaka pada 31 Ogos lalu.

"Dia pada mulanya dirawat di sebuah hospital swasta di mana anggur sudah dikeluarkan dari kerongkongnya.

"Bagaimanapun, kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Melaka apabila keadaannya semakin teruk pada hari yang sam, 31 Ogos,” katanya pada Sabtu.

Christopher Patit berkata, dia kemudian diletakkan di bawah unit rawatan rapi kanak-kanak di hospital.

Beliau berkata, ibu bapa kanak-kanak itu dari Taman Merbok mahupun Hospital Melaka tidak membuat laporan polis berhubung punca kematian.

“Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai laporan kematian mengejut,” tambahnya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain