suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis sita 5 Lamborghini dipandu cara berbahaya, TMJ kata “ni orang panggil tong kosong”

Polis sita lima Lamborghini yang dikesan dipandu secara berbahaya.

RAKAMAN memaparkan konvoi kereta mewah Lamborghini yang dipandu secara berbahaya di Lebuh Raya Senai-Desaru, Kota Tinggi, Johor meraih perhatian netizen di media sosial.

Susulan penularan video itu, polis bertindak menyita lima Lamborghini tersebut dan memulakan siasatan terhadap pemandu-pemandunya.

"Kita telah membuka satu kertas siasatan atas kes itu dan ia akan dilengkapkan dalam masa terdekat.

"Hasil ujian saringan awal air kencing kesemua pemandu terbabit adalah negatif bahan terlarang," kata Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat.menerusi sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, pada Isnin.

tmj

Komen TMJ berhubung video tular itu.

Pada Sabtu, polis mengambil keterangan lima lelaki warga tempatan berusia 44 hingga 64 tahun selepas mengesan video Lamborghini yang selamba memotong laluan secara berbahaya.

Selain mendapat kecaman netizen, video tular tersebut turut mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Ni orang panggil 'empty barrel' (tong kosong). Always make noise (Selalu buat bising). Dah macam jakun dapat basikal, turun bukit pun kayuh. Mungkin nak kena ajar macam mana nak hormat orang ramai," tulis TMJ menerusi ruangan komen di sebuah platform media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain