suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berita baik untuk B40, M40! PM umum kredit e-tunai RM100... Penjawat awam dapat bantuan khas RM300

E-tunai RM100 ditawarkan kepada rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah. -Foto The Star

BERITA baik!

Kerajaan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kredit itu diberikan susulan kejayaan dan kesan besar program e-tunai kepada masyarakat.

"Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

"Selain itu, bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion," kata Anwar dalam pelancaran 'Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat' pada Khamis.

Sementara itu, kerajaan juga akan menyediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

"Bantuan khas ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak, serta lebih sejuta pesara. Dengan pemberian permulaan ini diharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain