suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salahuddin impi meninggal ketika berkhidmat untuk rakyat - Anak

Salahuddin (dua dari kanan) pernah berharap meninggal dunia ketika sedang berkhidmat untuk rakyat. - Gambar Twitter Salahuddin

ALLAHYARHAM Datuk Seri Salahuddin Ayub pernah berharap meninggal dunia ketika sedang berkhidmat untuk rakyat.

Perkara ini didedahkan oleh anak sulung kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu, Iskandar Zulkarnain, 37.

“Ini impian dia, dia memang cakap kalau meninggal dunia, biarlah dalam keadaan sedang bekerja untuk rakyat,” katanya kepada pemberita di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot, Pontian, Johor pada Isnin.

Menurut Iskandar Zulkarnain, dia bersama lima adik sudah dididik sejak kecil untuk memahami kerjaya sebagai ahli politik dan meletakkan diri bapa mereka sebagai milik rakyat

“Sebagai anak, kami dah lama letakkan ayah sebagai milik rakyat. Dia memang untuk rakyat.

"Kami dari kecil sudah dididik yang dia selalu tiada dengan kami dan selalu bersama rakyat," katanya.

Tambahnya lagi, terlalu banyak nasihat diberikan Ahli Parlimen Pulai itu sebelum meninggal dunia termasuklah pesanan supaya tidak mencampuri urusan kerjanya, sentiasa berdikari dan tidak bergantung kepadanya.

“Kami pun reda apabila dia sudah capai impiannya,” katanya.

Iskandar Zulkarnain turut mengimamkan jenazah Salahuddin yang merupakan salah satu permintaan terakhir Allahyarham.

Mewakili keluarga, dia memohon semua pihak mendoakan arwah bapanya itu pergi dengan nama serta dan jasa yang baik.

"Kalau ada yang buruk-buruk, andai dia silap dan terkasar kata, kami minta maaf," katanya.

Salahuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Jeram meninggalkan seorang balu, Datin Seri Fatimah Taha, 60, bersama empat anak lelaki dan dua perempuan serta 11 cucu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain