suria

Gempar mayat lelaki separuh bogel ditemukan di tempat buang sampah

Mayat lelaki yang sudah reput ditemukan di tempat pembuangan sampah.

MAYAT lelaki separuh bogel ditemukan di Felda Maokil, Bukit Kepong, dekat Muar.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mayat yang sudah mereput itu ditemui di tepi jalan dekat tempat pembuangan sampah, pada Jumaat lalu.

"Mayat mangsa hanya berseluar dalam. Kita masih menyiasat sama ada mangsa ditemukan di lokasi atau tempat lain sebelum dibuang di lokasi kejadian," katanya.

Beliau menambah, pemeriksaan forensik dan bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian lelaki itu adalah kecederaan kepala akibat trauma benda tumpul.

"Ia sekali gus menunjukkan terdapat unsur jenayah dalam kes ini," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Beliau berkata, identiti mangsa masih tidak diketahui dan orang ramai diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Zakini Ab Latif di talian 013-2338184.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, ika sabit kesalahan membawa hukuman mati.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain