suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Misteri kanak-kanak hilang terungkai... Ditemui 2km dari rumah dengan gigi patah, badan lebam

Kanak-kanak hilang di rumahnya ditemui semula dengan beberapa kecederaan pada tubuh.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan hilang setelah keluar dari rumahnya di Taman Kuala Muda, Penaga dijumpai semula dengan beberapa kecederaan pada tubuh.

Kanak-kanak itu ditemui kira-kira 2 kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Bagaimanapun setakat ini polis menolak sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, sebaik sahaja kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada Sabtu selepas meninggalkan rumahnya di Taman Kuala Muda pada petang Jumaat, polis melancarkan operasi membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penduduk setempat.

“Orang awam menemui gadis itu dalam keadaan lemah di tepi jalan di Permatang Keriang kira-kira pukul 6 petang Sabtu.

“Dia segera dihantar ke Hospital Kepala Batas. Dia didapati mengalami patah rahang, serta terdapat kesan calar di dagu dan belakang kepala, lebam di badan dan dua gigi patah.

“Punca kecederaan sedang disiasat tetapi kanak-kanak masih trauma. Kami masih belum menemui tanda-tanda berlakunya jenayah,” kata Khaw pada Isnin.

Beliau menggesa mereka yang mempunyai maklumat untuk membantu siasatan. - THE STAR

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain