suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pensyarah diperdaya Macau Scam! RM2.5juta lesap kononnya elak kes insurans palsu, pengubahan wang haram

Pensyarah kerugian lebih RM2.5 juta.

SEORANG pensyarah wanita mengalami kerugian RM2.5 juta selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai ejen insuran awal tahun ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, mangsa berusia 52 tahun itu menerima panggilan daripada suspek pada 22 Januari lalu yang menyatakan dia terbabit dengan tuntutan insurans palsu dan pengubahan wang haram.

"Mangsa kemudiannya diminta membuka dua akaun bank untuk siasatan sementara selain turut diminta memberi maklumat perbankan miliknya berserta gambar kad mesin juruwang automatik (ATM) dan kata laluan.

"Dia kemudian diminta untuk memindahkan wang daripada Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, mangsa mula berasa ditipu selepas dia gagal menghubungi suspek untuk bertanyakan status siasatan serta melihat duit daripada dua akaunnya telah dikeluarkan tanpa pengetahuan.

Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Kuantan pada 17 Mei.

Yahaya turut menasihati orang ramai untuk berhati-hati dengan tektik penipuan.

Katanya lagi, masyarakat diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dulu sebelum membuat sebarang transaksi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

scammer, macau scam, pensyarah ditipu,

Artikel Lain