suria

Video perbalahan tular di media sosial, isteri Musa Hassan minta cerai selepas 10 tahun berkahwin

Elly memfailkan permohonan cerai di mahkamah pada Khamis.

KEMELUT rumah tangga antara bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dengan isterinya, Puan Seri Elly Afizahwati Abdul Jalil hangat menjadi perbualan netizen di media sosial.

Dalam perkembangan terbaharu, isterinya yang berusia 42 tahun hadir memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor, Khamis pagi.

Elly berkata permohonan cerai itu difailkan kerana faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Musa yang dikahwininya sejak 10 tahun lalu.

"Tan Sri dah keluar rumah kelamin sejak enam bulan lalu. Selepas tuntutan cerai ini, saya akan memfailkan tuntutan hak jagaan dan nafkah anak saya yang berusia lapan tahun," katanya ketika ditemui di mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas IGP kongsi 6 tabiat isteri tak patut buat, minta jangan masuk campur urusan keluarga

Terdahulu, Elly hadir bersama peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud bagi memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

Mahkamah turut menetapkan 11 Mei untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, video pertengkaran antara Elly dan Musa di dalam sebuah kediaman tular di media sosial sehingga menerima pelbagai reaksi netizen.

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 2 Ogos 2013 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain