suria

Lelaki cabul adik ipar dicekup polis

Suspek ditahan polis setelah diserahkan oleh orang awam. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki menganggur bertindak meraba dada adik iparnya dan memaksanya untuk melakukan seks oral.

Lelaki yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk itu turut mengugut abangnya dengan mengacukan serpihan kaca di bahagian lehernya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata insiden itu berlaku pukul 1 pagi pada Khamis, 2 Februari di Kampung Tasik Permai.

"Kami menerima laporan dari seorang pengawal keselamatan berumur 38 tahun yang mendakwa ada berlaku ketegangan di antara seorang suami dan abang iparnya.

"Mangsa mendakwa abang iparnya menerkam dirinya dan meraba dadanya. Lelaki itu kemudiannya membuka seluarnya dan memaksanya melakukan seks oral.

"Wanita itu hanya kaku mendiamkan diri sebelum lelaki itu memukul kepalanya dan mengugut suaminya dengan meletakkan serpihan kaca di lehernya," kata Farouk dalam satu kenyataan pada Khamis.

Farouk memaklumkan suspek berusia 32 tahun telah ditahan ketika pihak polis tiba di tempat kejadian.

"Suspek dibawa ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan perubatan kerana mengalami kecederaan ketika diserahkan kepada kami oleh orang awam.

"Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Perbuatan ini salah dari segi undang-undang atau haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain