suria

Wang BAP lebih RM100,000 lesap: Polis rakam keterangan 3 individu

Polis merakam keterangan tiga individu bagi membantu siasatan kehilangan wang BAP.

POLIS merakamkan keterangan tiga individu berhubung kes samun melibatkan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM109,000 untuk sebuah sekolah di Semenyih, Selangor.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk S Sasikala Devi berkata, dua individu daripada sekolah berkenaan, manakala lagi seorang pekerja restoran.

"Kita telah merakamkan keterangan tiga individu dalam siasatan.

"Kita juga akan memanggil pihak bank untuk membantu siasatan," katanya pada sidang media di IPD Sungai Buloh di Sungai Boloh, pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih RM100,000 lesap sekelip mata, wang bantuan awal persekolahan dilarikan

ARTIKEL BERKAITAN: Wang bantuan persekolahan RM109,000 'lesap' dari kereta pengetua, sah ada pelanggaran SOP - Fadhlina

Beliau menambah, anggota polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, tetapi masih belum mendapat sebarang petunjuk positif.

"Kita berharap mereka yang mempunyai maklumat akan turut tampil untuk membantu siasatan," katanya.

Dilaporkan pada Isnin lalu, BAP berjumlah RM109,000 yang dikeluarkan guru besar berkenaan dari sebuah bank di Semenyih, dilarikan oleh penjenayah.

Wang BAP itu sepatutnya akan diagihkan kepada pelajarnya pada Selasa lalu.

Wang terbabit diletakkan dalam dalam sebuah beg, sebelum ditinggalkan dalam kereta. ketika singgah membeli minuman.

Sasikala Devi, guru berkenaan kemudian mendapati cermin keretanya dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg yang berisi wang tunai dicuri.

Satu laporan polis dibuat pada pukul 12.17 tengah hari oleh guru besar berusia 50 tahun dari sebuah sekolah rendah di Semenyih. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain