suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah runtuh Batang Kali: Suasana hiba di hospital, ahli keluarga hadir untuk tuntut mayat mangsa

Salah sebuah van yang digunakan untuk menghantar mayat mangsa tragedi itu.

HOSPITAL Sungai Buloh sibuk pada hari ini apabila waris mangsa tanah runtuh Batang Kali mula tiba untuk untuk menuntut baki sembilan mayat seawal jam 8 pagi.

Tiga van jenazah juga tiba dan bersedia untuk membawa mayat selepas dituntut ahli keluarga.

Sekumpulan sukarelawan dari kumpulan kemanusiaan Tzu Chi berdiri di rumah mayat untuk membantu saudara-mara mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh Batang Kali: Jenazah Nurul Azwani dikebumi malam ini

Anggota Unit Pengecaman Mangsa Bencana polis turut hadir.

Lima belas mayat dituntut pada Sabtu, dengan yang terakhir adalah mayat seorang remaja berusia 12 tahun yang dituntut pada tengah malam.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk menjejaki sembilan lagi mangsa yang hilang dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Jumaat lalu. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain