suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanah runtuh Batang Kali: Mayat kanak-kanak perempuan ditemukan, angka korban meningkat kepada 24

Jumlah kematian akibat tanah runtuh di Batang Kali meningkat kepada 24 orang.

PENEMUAN mayat seorang kanak-kanak perempuan menjadikan jumlah kematian akibat tanah runtuh di Batang Kali meningkat kepada 24 orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihak berkuasa masih mencari sembilan lagi mangsa.

"Semua agensi sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari dan menyelamatkan mangsa yang masih ada," katanya kepada pemberita di tapak tanah runtuh pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanah runtuh Batang Kali: Angka korban meningkat kepada 23

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat, dalam catatan Facebook, berkata kerja kini sedang dijalankan untuk membawa mayat kanak-kanak itu keluar dari lokasi.

“Setakat 4.38 petang Sabtu, sembilan lagi mangsa masih hilang dan jumlah kematian kini 24 orang,” kata Pusat Pengurusan Operasi jabatan itu.

Ia berkata seramai 128 anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain