suria

Kecoh kain rentang dakwa pentadbir sekolah ugut guru, apa sebenarnya berlaku?

Kain rentang yang digantung di pagar sekolah.

KECOH di aplikasi WhatsApp berhubung penyebaran foto kain rentang yang dipasang pada pagar sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah, yang meminta pengetua serta seorang guru kanan pentadbiran dipindahkan dari sekolah itu.

Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung insiden tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, laporan itu diterima daripada seorang guru, pada Jumaat.

"Bagi saya, ini isu dalaman sekolah sahaja," katanya kepada Sinar Harian, pada Sabtu.

Sejak Jumaat, tular gambar kain rentang berkenaan menerusi grup WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau cikgu marah anak saya, siap!" - Bapa ugut guru bagi banyak kerja sekolah ketika PKP, buat murid macam robot

Difahamkan kain rentang itu dipasang ekoran rasa tidak puas hati guru di sekolah berkenaan yang mendakwa kedua-dua individu terbabit mengugut guru.

Antara yang ditulis adalah guru sekolah memohon pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidik Negeri (JPN) supaya memindahkan kedua-dua guru terbabit dengan kadar segera.

Perkara itu dibuat bertujuan untuk mengelak guru daripada tertekan dan sakit hati akibat tindakan kedua-dua pihak pentadbir sekolah yang didakwa menindas serta mengugut guru. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain