suria

Tragis! Penunggang motosikal maut kemalangan, terperosok antara bumper dan tayar Myvi

Gambar kemalangan turut menjadi tular di media sosial.

PELIK tapi benar!

Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta dalam kejadian pada petang Selasa.

Kemalangan tragis itu berlaku di Jalan Jementah-Muar, di mana sebahagian tubuh mangsa tersepit pada bahagian tayar dan bumper kereta.

Gambar kemalangan dikongsikan oleh seorang pelayar di Twitter. Foto: Mohd RedzuanAbdul Manap

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd Noh, kemalangan berlaku disebabkan jarak terlalu dekat dan penunggang motosikal gagal mengawal kenderaannya, lalu melanggar bahagian belakang sebelah kiri kereta tersebut.

"Akibat perlanggaran itu penunggang motosikal telah terjatuh di atas jalan raya dan telah diseret ke bahu jalan lalu tersepit pada tayar bahagian belakang kereta jenis Perodua Myvi," katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang berusia 40an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Ambulan Klinik Kesihatan Jementah.

Komen beberapa netizen pada posting asal.

Sehubungan itu, polis daerah Segamat memohon kerjasama daripada mana-mana saksi yang menyaksikan kemalangan tersebut untuk tampil ke Balai Polis Trafik Segamat bagi menyalurkan maklumat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Sementara itu, gambar kemalangan tragis tersebut turut tular di media sosial sejak Selasa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain