suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kena renjatan elektrik, pelajar Giat Mara Sekinchan cedera terima rawatan di hospital

Lokasi mangsa terkena renjatan elektrik di Giat Mara Sekinchan dalam kejadian banjir kilat pada petang Rabu.

SEORANG remaja lelaki yang berusia 19 tahun tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik setelah kawasan Giat Mara Sekinchan di Selangor dinaiki air setinggi 0.5 meter.

Dia yang juga pelajar di institusi kemahiran berkenaan bagaimanapun pulih dan dilaporkan hanya cedera akibat kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar UUM ditemui mati dalam bilik asrama, disyaki terkena renjatan elektrik

ARTIKEL BERKAITAN: Renjatan elektrik: Lelaki maut cuba kendali wayar hidup

Difahamkan semasa kejadian, mangsa memegang sebuah corong peniup di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang guru pada jam 2.08 petang.

"Seramai tujuh anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dan Sungai Besar dikerah dalam operasi berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

"Mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk menerima rawatan lanjut.

"Kami telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan meminta pihak pengurusan premis menutup semua bekalan elektrik," katanya.

Bagaimanapun, katanya, tiada kemalangan jiwa lain dilaporkan dan keadaan kembali terkawal.

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.45 petang tadi (Rabu)," katanya. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain