suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 100 pokok ganja hidup subur di perkarangan rumah, bekas diplomat umur 78 tahun ditahan

Bekas diplomat itu ditahan dalam serbuan pada Sabtu manakala anak lelakinya berusia 53 tahun ditahan di Shah Alam pada Isnin.

BEKAS diplomat berusia 78 tahun dan anak lelakinya ditahan berikutan penemuan kira-kira 100 pokok ganja yang tumbuh di pekarangan rumah mereka di Janda Baik, Pahang.

Difahamkan, bekas diplomat itu ditahan dalam serbuan pada Sabtu manakala anak lelakinya berusia 53 tahun ditahan di Shah Alam pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN; Rawatan apa perlu guna ganja? Hati-hati jangan salah langkah, banyak dakyah mengarut atas alasan perubatan

Polis menyerbu rumah itu kira-kira pukul 6 petang Sabtu dan menemui sehingga 100 tumbuhan dipercayai pokok ganja ditanam di sekitar kawasan itu.

Ketika dihubungi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan perkara itu.

"Kami mengasingkan pokok ganja dan barangan lain. JSJN sedang menyiasat bagaimana suspek berjaya mendapatkan bekalan untuk menanam pokok ganja itu.

"Kami juga sedang menyiasat peranan yang dimainkan kedua-dua lelaki dalam perkara ini," katanya.

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dijangka mengeluarkan kenyataan dan butiran lanjut pada Selasa. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain