suria

Pendaki hanyut di Gunung Suku: Lagi cebisan tubuh, pakaian ditemui pasukan penyelamat

Pasukan penyelamat mencari petunjuk lain yang boleh membantu untuk mengesan mangsa. Foto: Bernama

PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) menemui sebahagian lagi bahagian tubuh dan cebisan pakaian milik pendaki Gunung Suku, Simpang Pulai yang hilang, pada petang Selasa.

Timbalan Komander Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Umrani Che Mat berkata, suami mangsa mengesahkan cebisan pakaian itu milik isteri mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendaki hilang di Gunung Suku: Bahagian badan ditemui dalam timbunan kayu

"Cebisan pakaian itu ditemui sekitar pukul 1.30 tengah hari, manakala cebisan tubuh manusia ditemui pada pukul 4.30 petang.

"Kami masih belum menemui petunjuk lain yang boleh membantu untuk mengesan mangsa," katanya kepada pemberita.

Pada Ahad (15 Mei), Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan dua pendaki wanita yang dikenali sebagai See Su Yen, 32, dan Ng Yee Chew, 46, dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku.

Kedua-dua mangsa yang merupakan sebahagian daripada kumpulan 29 pendaki, dilaporkan hilang kira-kira pukul 5 pagi Ahad.

Sementara itu 27 pendaki yang lain selamat kembali ke kaki bukit.

Pada Isnin (16 Mei), pasukan penyelamat menemui bahagian tubuh manusia di bawah timbunan kayu pada pukul 10.20 pagi.

Operasi pencarian diteruskan pada hari Rabu (18 Mei). - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain