suria

Samun kedai emas, polis buru dua lelaki sekitar Ampang

Kedai emas disamun dua lelaki.

DUA lelaki yang dipercayai menyamun sebuah kedai emas di Dataran Palma Ampang Point, Ampang di Selangor pada Jumaat, diburu polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 1.41 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Lari naik motosikal, pasangan kekasih curi gelang emas RM10,000 akhirnya mengaku bersalah

"Dua lelaki yang memakai topi keledar serta jaket dan tidak bersenjata itu meluru masuk ke dalam premis dan terus melompat ke dalam dan menuju ke arah kaunter.

"Suspek kemudian bertindak mengambil barang kemas yang dipamerkan di belakang dinding," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mohamad Farouk berkata, semasa kejadian kesemua pekerja selamat dan mereka berlindung di sebalik stor di dalam kedai emas berkenaan.

"Anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain