suria

Tumbuk pelanggan, pekerja restoran nasi kandar didenda RM1,500

tukul

SEORANG pekerja restoran berusia 21 tahun didenda RM1,500 atau penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Bahau, Negeri Sembilan kerana mendatangkan kecederaan kepada seorang pelanggan dalam kejadian pada 5 Mei lalu.

Mohd Isa Ramliee mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab pada Selasa (10 Mei).

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 1 pagi di sebuah restoran nasi kandar di Bahau pada 5 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan kongsi sotong restoran mamak berharga RM100, ramai persoal nak tayang resit atau kereta?

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh menumbuk pelanggan lelaki berusia 30 tahun sebelum pergaduhan dileraikan oleh pekerja dan pelanggan lain.

Klip video berdurasi 1.41 minit yang dirakam ketika kejadian itu turut tular di media sosial.

Difahamkan, pergaduhan tercetus selepas berlaku pertikaian mengenai harga makanan. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain