suria

Nama doktor ‘pembuli’ di Hospital Pulau Pinang diserah kepada KKM

KKM menubuhkan satu task force untuk meneliti dan menyiasat kematian seorang doktor pelatih di HPP. Gambar hiasan

NAMA doktor di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang didakwa sebagai pembuli telah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata Dr Norlela Ariffin.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang itu berkata, nama-nama tersebut merupakan doktor dari beberapa jabatan.

Tambah Norlela, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga telah memberikan maklum balas terhadap maklumat tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlaku budaya buli? KKM akan tubuh ‘taskforce’ siasat kematian doktor pelatih

Khairy sebelum ini berkata KKM akan menubuhkan satu pasukan petugas khas (task force) untuk meneliti dan menyiasat kematian seorang doktor pelatih di HPP dan dakwaan budaya buli dalam kalangan petugas perubatan.

Menteri itu berkata beliau telah menerima laporan awal daripada ketua jabatan doktor pelatih berkenaan, sementara polis juga sedang menyelesaikan melengkapkan siasatan.

Dr Norlela sebelum ini menggesa pihak berkepentingan untuk meneliti isu buli melibatkan doktor pelatih.

Beliau berkata pengarah kesihatan, timbalan pengarah kesihatan, pengarah hospital dan ketua jabatan akan dipanggil bagi membincangkan isu berkenaan.

"Hasil mesyuarat ini akan dihantar kepada Menteri Kesihatan, termasuk cadangan dan penyelesaian isu tersebut," kata Norlela. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain