suria

Tahi ayam melekat pada telur, makanan dihurung lalat... Peniaga bazar Ramadan pengotor terima padah

Kesalahan itu dikesan dalam pemeriksaan mengejut yang dilakukan menerusi Ops Bazar.

DI sebalik kemeriahan bazar Ramadan, beberapa insiden melibatkan kebersihan dan kualiti makanan turut meraih perhatian ramai.

Pada Khamis, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengeluarkan 25 notis atas pelbagai kesalahan terhadap peniaga Bazar Ramadan Sungai Dua, Butterworth.

ARTIKEL BERKAITAN: Akak ni beli Mee Tonggek viral RM30 dengan sotong, tapi jumpa banyak ulat... Netizen syak gerai disihir, PPj dah ambil tindakan!

Kesalahan itu dikesan dalam pemeriksaan mengejut yang dilakukan menerusi Ops Bazar bagi memastikan makanan dijual bersih dan selamat dimakan oleh orang ramai.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, hasil pemantauan dilakukan mendapati tahap kebersihan yang dipraktikkan pengendali makanan di bazar tersebut hanya pada tahap memuaskan.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikenal pasti seperti peniaga membiarkan lauk tanpa penutup hingga dihurung lalat selain guna telur ayam yang mempunyai kesan tahi ayam.

“Ini adalah kesalahan yang serius kerana sikap itu boleh menyumbang kepada keracunan makanan yang disebabkan oleh lalat," katanya ketika ditemui di lokasi pemeriksaan pada Khamis.

Mohd Wazir berkata, pemeriksaan yang dibuat juga mendapati lebih 30 pengendali makanan di bazar tersebut tidak mengambil suntikan tifoid dengan alasan berniaga dalam tempoh sebulan sahaja.

Tambahnya, ada di kalangan peniaga yang memandang remeh isu pemakaian perlindungan diri (PPE) seperti topi serta apron sedangkan itu adalah perkara asas bagi individu yang mahu mengendalikan perniagaan makanan.

Dalam pada itu, Mohd Wazir terus mengingatkan peniaga untuk menjaga tahap kebersihan bagi mengelakkan insiden keracunan makanan berlaku kerana ia merupakan satu kesalahan serius. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain