suria

Selesai akad nikah, terus naik pentas konvo... pengantin lelaki rai kebahagiaan berganda

Ameerul Hakim melangkah ke pentas konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan pakaian pengantin.

KEBAHAGIAAN berganda-ganda.

Mungkin begitulah yang dapat digambarkan mengenai pengantin lelaki ini yang turut menerima Ijazah pada hari dia melangsungkan perkahwinan.

Hari ini, 27 Mac 2022 menjadi kenangan paling istimewa buat seorang juru X-tray apabila dia menjadi raja sehari dan kemudian melangkah ke pentas konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan berpakaian sama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa saya tak macam orang lain?” - Pemuda ini pasrah sendirian di majlis graduasi, dah 2 kali konvo mak ayah tak dapat datang

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar UniSZA kejutkan rakan, pensyarah... gagahkan diri datang majlis konvo selepas 5 hari lahirkan bayi - “Ramai tak tahu saya hamil”

Ameerul Hakim Muzi@Ahmad Fauzi, 27, dari Kampung Seberang Takir selamat bergelar suami kepada Nur Izzatul Nabilah Ghazali, 22, pada jam 10.30 pagi Ahad sebelum terus ke UniSZA empat jam kemudian.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (Kepujian) berkata, mereka sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Mei depan namun terpaksa mempercepatkan tarikh kerana kekangan jadual Nur Izzatul Nabilah yang kini bekerja secara kontrak di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang.

"Saya mendapat tahu tarikh majlis konvokesyen sebulan yang lalu. Ketika itu saya fikir tidak dapat menghadirinya kerana semua persiapan perkahwinan termasuk bayaran tempahan dewan sudah dibuat," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Bagaimanapun Ameerul Hakim bersyukur kerana pihak universiti memaklumkan dia boleh menghadiri konvokesyen pada sesi petang selepas selesai akad nikah.

"Alhamdulillah syukur, walaupun penat tetapi saya tetap gembira kerana majlis berjalan lancar," katanya.

Berkongsi pertemuan bersama isterinya, Ameerul Hakim memberitahu tidak pernah berjumpa Nur Izzatul Nabilah ketika di kampus.

"Kami berkenalan ketika bekerja di klinik sama di daerah ini, Ogos lalu dan bertunang empat bulan kemudian.

Jelas beliau, isterinya yang berasal dari Kampung Padang Polis, Batu Rakit juga akan diraikan dalam majlis konvokesyen pada Selasa ini (29 Mac) selepas berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dalam kursus yang sama.

Seramai 3,345 graduan UniSZA menerima doktor falsafah (Phd), sarjana, ijazah dan diploma masing-masing pada konvokesyen ke-13 yang diadakan selama empat hari bermula Ahad.

Daripada jumlah itu, seramai 107 graduan dianugerahkan PhD, 84 graduan dianugerahkan sarjana sains dan sarjana sastera, seramai 1,753 graduan akan menerima ijazah sarjana muda yang membabitkan 10 buah fakulti dan 1,152 graduan diploma dari lapan fakulti. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain