suria

Waris mangsa terkorban tragedi tanah runtuh terima sumbangan RM10,000 - MB

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (tengah) meninjau situasi insiden tanah runtuh yang berlaku petang semalam di Taman Bukit Permai 2, Ampang, pada Jumaat. Foto: Bernama

KERAJAAN Selangor akan menyalurkan sumbangan RM10,000 kepada waris empat mangsa yang terkorban dalam insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi tanah runtuh: Identiti mangsa terkorban dikenal pasti

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi tanah runtuh: Mangsa keempat dan kelima terkorban

"Kerajaan Negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga empat orang mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku semalam.

"Kerajaan Negeri turut bersetuju menyumbang RM10 ribu kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dan akan turut membantu bagi urusan berkaitan," kata beliau yang dipetik daripada ciapan di Twitter.

Amirudin pada pagi Jumaat turut meluangkan masa membuat tinjauan di lokasi tanah runtuh serta mendengar taklimat oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan bomba berhubung kejadian tersebut.

Tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, petang Khamis meragut empat nyawa dan mengakibatkan seorang warga emas cedera ringan.

Dalam insiden itu juga, sebanyak 15 buah rumah serta 10 kenderaan terjejas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain