suria

Hanya 1 SOP fasa ‘peralihan ke endemik’ mulai 1 April... ini 10 keperluan yang harus anda tahu

Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan.

MEMASUKI fasa 'peralihan ke endemik' bermula 1 April depan, kerajaan menetapkan satu prosedur operasi standard (SOP) untuk dipatuhi.

Pengerusi Menteri Kuartet Covid-19, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, SOP Fasa Peralihan Ke Endemik itu dipermudahkan daripada 181 SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang digunakan sebelum ini.

Menurutnya, SOP tersebut merangkumi 10 keperluan, yang dikuatkuasakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia berada di fasa 'peralihan ke endemik' mulai 1 April... ini SOP yang perlu anda tahu

"Biarpun hanya ada satu SOP, kita masih menguatkuasakan SOP berkenaan di bawah Akta 342. Menerusi SOP ini, terdapat 10 keperluan yang perlu dipatuhi.

"Kesemua 10 keperluan ini sudah biasa diamalkan oleh orang ramai dalam PPN. Atas sebab itu, saya percaya setiap lapisan masyarakat boleh terus melaksanakannya dengan sebaik mungkin," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Berikut adalah 10 keperluan dalam SOP tersebut:

1. Memakai pelitup muka ketika di tempat awam.

2. Waktu operasi mengikut lesen/permit.

3.. Menjaga kebersihan tangan.

4. Melakukan ujian pengesanan COVID-19 berdasarkan National Testing Strategy.

5. Menguruskan kes yang disyaki atau disahkan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

6. Menggunakan MySejahtera dan MySJTrace untuk pendaftaran kemasukan.

7. Memastikan penjarakan fizikal satu meter.

8. Memastikan pengudaraan dan sistem ventilasi yang baik.

9.. Memastikan kebersihan premis.

10. Mematuhi keperluan vaksinasi untuk aktiviti tertentu.

Hishammuddin berkata, selain SOP, terdapat sembilan garis panduan yang perlu dipatuhi dan sebagai panduan kepada rakyat ketika negara memasuki fasa 'Peralihan Ke Endemik'.

"Ssembilan garis panduan ini akan menjadi garis panduan yang amat digalakkan untuk dipatuhi supaya rakyat dapat kekal berwaspada dengan risiko jangkitan Covid-19 apabila melakukan aktiviti tertentu," katanya.

Berikut adalah sembilan garis panduan yang perlu dipatuhi:

1. Pengangkutan dan perjalanan

2. Pendidikan dan penjagaan

3. Aktiviti peruncitan, makanan dan minuman

4. Ruang kerja tertutup

5. Kawasan kerja terbuka

6. Acara, majlis, hiburan dan tarikan pelancong

7. Hotel dan penginapan tetamu

8. Keagamaan, perkahwinan dan pengebumian

9. Aktiviti dan fasiliti Sukan, rekreasi & riadah.

Beliau berkata, SOP dan sembilan garis panduan bagi fasa 'peralihan ke endemik' akan dipaparkan menerusi satu laman sesawang, yang dijangka dapat diakses dua minggu sebelum 1 April.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain